Ini alasan saya mengapa mendelete semua posting blogger

Alasan mengapa saya delete postingan blog
Kenapa saya delete posting blog ? Sedangkan artikel yang buat sebelum ini lebih dari 150 dan hampir 200 ditulis tanpa copy paste. Tidak kah saya merasa rugi atas tindakan saya ini ??

Itulah sebahagian reaksi atau pertanyaan kawan-kawan saya terhadap apa yang telah saya lakukan keatas blog saya . Sebenarnya , saya begitu sayang untuk mendelete semua artikel tersebut . Tetapi saya inginkan pembaharuan atau ujian . Tindakan saya ini akan membuat saya lebih matang selepas ini dan mengetahui apa efek-efek yang akan terjadi jika mendelete semua posting di blog

Jika tidak ada percubaan jadi tiadalah result yang akan dapat . Selain itu juga , saya mempunyai matlamat saya sendiri pada masa akan datang . Mungkin , tindakan yang saya lakukan bakal merugikan saya tetapi itulah yang dikatakan jika anda tidak berani maka tidak akan pernah sesekali anda menjumpai apa yang anda inginkan :D



Saya mempunyai impian yang begitu besar sebelum saya mendelete semua artikel di dalam blog saya ini . Saya berkemungkinan besar akan memperolehi apa yang saya impikan dan mungkin saya akan menemui kegagalan . Saya tidak hiraukan semua itu yang penting dalam kehidupan kita hendaklah mempunyai visi dan misi . Begitu juga saya , saya mempunyai visi dan misi saya untuk artikel-artikel yang bakal menyusul . Matlamat saya sekarang ialah ingin mengkongsikan pelbagai jenis ilmu dan pelbagai lagi .

Dalam memastikan blog saya sebagai sebuah blog rujukan untuk pembaca-pembaca , saya juga sedang mempelajari teknik menulis dan mengembangkan idea dengan lebih bagus agar blog saya kelihatan lebih bagus selepas ini . Untuk pengetahuan saya telah mempelajari blog selama lebih 3 bulan dan telah banyak saya baca tentang blog . Oleh itu , saya ingin mencuba menjadikan blog saya mendapat tempat pertama di pencarian mesin google .

Untuk pengetahuan matlamat saya dari segi visitor ke blog ialah lebih dari apa yang saya capai sebelum ini iaitu 500++ . Mungkin sebelum ini artikel saya lebih dari 30 telah masuk ke dalam halaman satu pencarian google , dan saya bermatlamat ingin mencuba membuat semua artikel saya memasuki pencarian satu google atau tidak mendapat top 50 pencarian google .

Orang kita biarlah kita bermatlamat besar atau berimpian besar kerana , kalau kita jatuh taklah kita jatuh kedebuk kebawah terus. Jangan marah ha :P . Saya mengharapkan kawan-kawan semua dapat menyokong saya dengan sentiasa melawat blog saya okey guys ??

Dari segi tema blog pula saya ingin membuat sebuah blog yang lebih islamic dan lebih mementingkan perkongsian ilmu berbanding informasi-informasi . Dan saya juga ingin mengelakkan dari mengcopy paste artikel orang lain walaupun seperenggan . Mungkin sebelum ini blog saya memberi anda-anda semua livestreaming / download video mahupun game . Tetapi selepas ini livestreaming / download movie mungkin tidak akan ada di dalam blog saya .

Untuk kawan-kawan semua yang ingin mendownload / menonton movie-movie terkini anda bolehlah pergi ke blog movie rasmi saya iaitu Syoktube.com atau anda boleh klik : www.syoktube.com/ .

1 Response to "Ini alasan saya mengapa mendelete semua posting blogger"

  1. wah keren tuh
    Dari segi tema blog pula saya ingin membuat sebuah blog yang lebih islamic dan lebih mementingkan perkongsian ilmu berbanding informasi-informasi

    ReplyDelete

Peringatan - !
- Apa yang anda katakan melambangkan keperibadian anda